Blog ni tak ade lah cantik sangat, comel pon tidak, tapi cukup lah sekadar sedap mata memandang, dapat tenangkan fikiran, dapat info baru, dapat ilmu baru, dapat berkongsi pengalaman baru.
Tuan punye blog ni tak ade lah reti sangat nak touch up touch up blog bagi superb.Jadi, terima lah seadanya..hoho
Minta maaf lah ye kalau anda penat nak scroll ke bawah sebab saya x buat read more tu..rajin-rajin la scroll eh..hehe

30 December 2012

Modul 4

Assalammualaikum.

Oh, pada tarikh 15 Disember 2012, Farah ade modul 4 untuk sem ni. Modul kali ni yang buat kitaorang rase excited je nak pergi sebab modul ni merupakan aktiviti luar. Kalau sebelum-sebelum ni memang kitorang agak mengeluh la sebab pagi dengar ceramah sampai tengah hari, petang pulak ade LDK.

*Atas : Makanan tengah hari kami. Bekas tupperware die panjang pulak kali ni. First time tengok.Haha
*Bawah : Semua suruh Farah simpankan phone mereka sebab hujan mase mula-mula nak start tu. Kaya  Farah sekejap.
Walaupun kitaorang ade aktiviti luar, kitaorang still kena dengar ceramah separuh hari jugak. Farah pun tak paham sangat kenapa, sebab senior kitaorang dulu pagi-pagi lagi dah pergi keluar dah. Disebabkan bulan 12 ni musim tengkujuh, maka susah sikit lah nak buat aktiviti luar.

Destinasi yang dituju merupakan Taman Merdeka dekat JB. Mula-mula hujan turun, jadi kitaorang macam risau lah dibatalkan kan, tapi hujan tu kejap aje. Mula dalam kul 2.30 rasenya pastu habis dalam pukul 6.00 petang. Semuanya ade 8 group dan Farah merupakan group yang ke-7.

*Atas : Sampai-sampai je terus kami bergambar.
*Kanan : Itulah menara kumpulan kami. Tu dah habis simple dah kitaorang buat.
*Bawah : Kami berhimpit 100++ orang dalam satu bas uitm tu sebab ramai sangat & driver nak angkut sekali jalan je. Kami kesardinan di dalam tu ye.

Sepanjang aktiviti memang rase enjoy lah jugak (walaupun kalah teruk T___T), nampak lah kerjasama dalam kumpulan, kebijakpandaian masing-masing & kekreatifan yang lain. Sampai petang-petang tu orang awam dah mula ramai kat Taman Merdeka tu. Ade yang jogging, ade yang macam lepak-lepak je, ade jugak yang bawak keluarga.

Disebabkan entry ni tertangguh-tangguh, jadi pengisiannya macam ringkas aje lah sebab dah lama kan..hehe..
Ni Farah ade kongsi sikit gambar jelah. Tak amik gambar banyak pun, sebab sibuk buat task kan..hahaha.

Yang ini saje je, kawan Farah yang buat masa dalam kelas sebab tengah bosan. Haha.




Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

2 comments:

Mysara Ab Rahman said...

mai xske bla kne attend modul dlu..hee
pernah ada modul dr pagi ampai mlm..
nway, follow here..:)

Farah said...

Hehe, Farah punye takde lah sampai malam. Sampai petang tu pon dah rase macam ape je. Ngeh3.