Blog ni tak ade lah cantik sangat, comel pon tidak, tapi cukup lah sekadar sedap mata memandang, dapat tenangkan fikiran, dapat info baru, dapat ilmu baru, dapat berkongsi pengalaman baru.
Tuan punye blog ni tak ade lah reti sangat nak touch up touch up blog bagi superb.Jadi, terima lah seadanya..hoho
Minta maaf lah ye kalau anda penat nak scroll ke bawah sebab saya x buat read more tu..rajin-rajin la scroll eh..hehe

01 December 2012

1 Disember 2012

Assalammualaikum.

Hari ni Farah kena buat pendaftaran kolej. Disebabkan kampus dengan rumah Farah yang agak jauh dan mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan dari Port Dickson ke Johor Bharu, jadi Farah pon kena lah bertolak awal keluar dari rumah. Lagi pon Farah nak cop tempat kat bilik nanti.

Oh, sebelum tu kena bagitahu dulu yang kat kolej Farah tu bukannye satu bilik 2 orang tau. Satu bilik 4 orang pon bukan. Paling sikit satu bilik ade 12 orang dan paling ramai satu bilik ada 20 orang. Kolej Farah ni tak besar mane pun, cumelah 1 bangunan yang ade 2 blok bercantum yang dipisahkan dengan 1 rumah untuk pengurus kolej. Disebabkan kolej yang comel ini lah, bilik kami mendapat title 'dorm' sebab duduk ramai orang macam dekat sekolah berasrama dulu.

Ceritanya begini, Farah bangun seawal 5.30 pagi dengan harapan 6.30 pagi dah gerak dari rumah. Tapi tak tahulah ape yang tak kena, pukul 7.00 pagi baru gerak. Pagi ni ade 2 biji kereta yang berangkat dari rumah Farah, satu menghala ke Jelebu dan satu lagi menghala ke JB. Sepanjang perjalanan memang mengantuk, tapi bile berbual-bual tu tak raselah ngantuknye. Sampai kat kolej Farah dalam pukul 10.00 pagi lepas tu pergi daftar.

Ok, mase daftar ni memang Farah rase sakit hati sebab staff yang bertugas tu tak mesra langsung. Farah memang cukup tak suka dengan orang yang tak reti nak cakap baik-baik dengan orang lain. Korang pon mesti tak suka jugak kan. Malas nak cerita details, so kesimpulannye staff tu cakap dengan nada yang agak tinggi dan kasar seakan ingin memarahi pelajar yang mendaftar. Bukan Farah je yang kena, ade pelajar kat kaunter sebelah Farah pon kena jugak. Macam ni ke anda melayan tetamu/pelanggan anda? Ikutkan hati nak je tegur staff-staff tu tapi nanti kate kite ni kurang ajar pulak kan pastu tak nak bagi kolej. Huhh, sakit hati kite ni la.

Lepas Farah dah letak semua barang Farah untuk cop tempat, Farah dengan abang Farah pon pergi la ke rumah pakcik Farah yang tak jauh dari kampus Farah tu. Dalam 5 minit pon boleh sampai, tak jauhkan? Lepas dah jumpe, rase nak tengok wayang pulak. Jadi kitaorang pon ajaklah anak pakcik Farah tu yang merangkap sepupu kitaorang untuk join sekali. Takkan nak tengok berdua je kan, tak best pulak. Lepas bincang, kitaorang pon buat keputusan untuk tengok cerita kartun yang diberi tajuk Wreck-it Ralph.



Cerita ni memang best. Jalan cerita yang menarik, kelakar, penuh pengajaran dan membuatkan kite mengimbau kembali zaman kecik-kecik dulu mase kite main game. Farah suka sound effect die jugak, comel. Haha, tak mahu cerita lebih-lebih, kena tengok dengan mata sendiri baru tahu best ke tidak.

Lepas dah habis tu, hantar sepupu balik rumah balik then hantar Farah balik kolej. Bila dah sampai kolej maka bermulalah sesi memunggah barang-barang untuk disusun dalam locker dan bawah katil. Haha, kire-kire 2 jam kemudian baru complete, tu pon sebab sambil-sambil menyusun tu dok mesej-mesej dengan member. Lagi pon Farah kemas rilek-rilek aje sebab kalau siap awal nanti tak tahu nak buat ape.

Untuk makan malam Farah makan sorang-sorang sebab kawan Farah yang selalu dinner sama-sama dengan Farah balik rumah lepas die daftar kolej pagi tu. Mentang-mentanglah rumah dekat, boleh balik rumah balik. Lepas makan tu sementara nak tunggu azan isyak, Farah pegi la dorm kawan Farah saje semak kat situ sebab Farah bosan. Bual-bual sampai dekat kul 9.00 baru keluar dari bilik die. Haha. Lepas isyak Farah yang takde keje ni pon update lah blog ni ha.
Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

0 comments: