Blog ni tak ade lah cantik sangat, comel pon tidak, tapi cukup lah sekadar sedap mata memandang, dapat tenangkan fikiran, dapat info baru, dapat ilmu baru, dapat berkongsi pengalaman baru.
Tuan punye blog ni tak ade lah reti sangat nak touch up touch up blog bagi superb.Jadi, terima lah seadanya..hoho
Minta maaf lah ye kalau anda penat nak scroll ke bawah sebab saya x buat read more tu..rajin-rajin la scroll eh..hehe

23 January 2013

Rabu, 23 Januari 2013

Assalammualaikum.

Tajuk entry macam ade sesuatu yang penting je kan?  Takde lah penting sangat pun.  Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk ape. Hehehe.

Hari ni Farah ade kelas direct 8 pagi sampai 2 petang.  Tu pun kelas ketiga tu habis awal, dalam pukul 1 lebih. Waktu-waktu macam ni kalau nak pergi cafe tu untuk makan memang tak boleh nak berharap lah.  Sebab selalunya mesti tinggal saki baki jer.

Tapi tadi still boleh tahan la ade lagi, tu pun ada lauk yang tinggal kuah jer.  Farah bungkus jela untuk makan kat bilik sebab kawan bilik Farah tu tengah makan dan dah nak habis dah pun.  Sampai bilik je makan dulu.  Uztazah pernah cakap, kalau nak solat tapi belum makan lagi, elok pergi makan dulu.  Kalau tak, nanti solat tak khusyuk. Yela, tengah solat tu asyik dok fikir nak makan jer.  Lepas tu nanti mula lah nak habiskan solat cepat-cepat.  Tu kata uztazah Farah dulu la.  Tapi memang betul pun.  Hehe

Lepas tu mula lah nampak sikit-sikit budak-budak ni dok bawak beg sebab nak balik rumah masing-masing.  Yela, cuti sampai hari Isnin kan.  Hujung minggu ni cuma tinggal budak-budak akaun jela sebab ada test hujung minggu ni.  Boleh baca entry Farah sebelum ni bagi yang tak tahu.  Geram pulak tak dapat nak balik rumah sebab cuti agak panjang kan.  Adik beradik Farah semua balik rumah HARI NI kot.  Farah je yang masih tercongok kat JB ni. 

Sabar jelah, dugaan kan.  Bak kata cikgu Farah dulu, susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.  Harap lah berbaloi dengan segala dugaan yang dihadapi sepanjang hidup sampai ke hari ni.  Baru lah rasa puas hati.

Dah la, Farah nak mula cari maklumat untuk assignment BEL Farah yang ke-3.  Sebab minggu depan dah kena present untuk assessment yang ke-2.  Lepas tu tak tahu lah ada masa ke tidak nak prepare untuk assessment yang ke-3 tu.

Bila Farah nak baca AIS ni, test Sabtu pagi kot.  Teori pulak tu.  Satu pun tak baca lagi.  Haha.



Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

20 January 2013

Maafkanlah

Assalammualaikum.

Rasanya dah macam agak lama jugak tak update entry baru.  Adalah beberapa entry nak buat tapi semua masih dalam draft gara-gara tak ada masa untuk mengupdate blog ni.

Maafkan lah Farah. Sekarang ni pun saje gatal sebab macam dah penat mengadap buku tu.  Asyik dok mengadap share-share tu je.  Konfius Farah dibuatnye.  Padahal esok ada quiz kul 8 pagi.  Harap lah Farah boleh jawab esok.  Hihihi..

Hujung minggu ni cuti lama, mesti ramai budak balik.  Budak kampus ni tak payah cakap lah, setiap hujung minggu memang kolej ni akan sunyi je kecuali kalau ada test.  Haha, sebab semua tak boleh nak balik kan.  Cakap pasal test, sabtu sampai isnin ni Farah ade test.  3 hari untuk 3 subjek.  Pelik kan, tengah-tengah cuti pun ada test.  Dah la hari Khamis cuti Maulud Nabi, Ahad Thaipusam dan di bawa ke hari isnin.  Dah dapat 5 hari cuti dah kat situ. Tapi tak boleh nak balik sebab ade test.  Macam tak ada tarikh lain je nak buat test. T_____T

Lepas test tu ade presentation untuk BEL pulak hari Selasa tu.  Nasib baik Farah punye group present hari Khamis.  Adoi, skrip pun tak siap sepenuhnye lagi, ape lagi nak menghafal dan berlatih.  Dah la Farah punye dialog paling banyak pulak tu.  Grammar pun tak tengok balik lagi tu betul ke tidak.  Hahaha.  Dah la setiap scene ade watak Farah.  Huhu, berat pulak jadi watak ni.  Nak buat macam mane, dah nasib dapat watak yang macam tu.  Walaupun banyak dialog tapi pendek-pendek lah jugak.

Tengah serabut ni nak study untuk test tapi pada masa yang sama nak kena buat assignment Bel yang kedua ni.  Pastu sebenarnye kena start buat assignment Bel yang ke-3 sebab lepas present minggu depan, terus present untuk assignment yang ketiga pulak.  -,-"  Semoga Farah tak terasa stress sangat.  Huhuhu.
Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)