Blog ni tak ade lah cantik sangat, comel pon tidak, tapi cukup lah sekadar sedap mata memandang, dapat tenangkan fikiran, dapat info baru, dapat ilmu baru, dapat berkongsi pengalaman baru.
Tuan punye blog ni tak ade lah reti sangat nak touch up touch up blog bagi superb.Jadi, terima lah seadanya..hoho
Minta maaf lah ye kalau anda penat nak scroll ke bawah sebab saya x buat read more tu..rajin-rajin la scroll eh..hehe

21 March 2013

IRDA

Assalamualaikum

Bersamaan dengan 5 Mac 2013, akhirnye menjadi jugak trip kitorang utk subjek BEL.  English subjek kitorang lepas banyak kali tertangguh.  Memang kitorang cari hari selasa jugak sebab harini jela yang kitorang ade kelas bel kul 8-10 pagi JE.  So, trip kitorang petang tu jugak sebab pegi ke IRDA je, tak jauh sangat lah.

Kitorang punye lawatan akademik ke Iskandar Regional Development Authority (IRDA). Dr. cakap kul 1.40 nak gerak tapi biasa lah, pasti ada yang lambat.  Nasib baik Farah sempat masuk bas sebelum Dr masuk.  Sebab 1.50 tu memang Dr suruh driver bas tu gerak je.  Untung kawan Farah sorang tu sempat sampai sebelum bas nak keluar gate, so, sempatlah die masuk dalam bas tu.  Tapi Dr memang marah gile la.

Sampai je terus ade briefing sikit pasal IRDA ni pastu jalan-jalan kejap dalam convention centre tu sementara tunggu penceramah tu.  Pastu dengarlah ceramah tu dan sesi soal jawab.  Habis dalam pukul 4 petang, pastu die bagi kitorang sambung jalan-jalan lagi kat dalam tu sebab tadi dapat tengok kejap je kan.  Budak budak ni pon ape lagi, mulakan lah sesi bergambar. Haha.

Untuk maklumat lanjut leh search kat google pasal IRDA ni, dia macam jadi pengantara antara investor dengan kerajaan.  Legoland lah, Helo Kitty tu semua dorang yang deal dengan pihak berkenaan. 

Ok, kat bawah ni ade sikit gambar.  Ada yang tak jelas sangat lah, tak tahu pulak kenapa.  Sebab tengok dalam phone ok je gambarnye. tekan kalu nak tengok gambar dengan lebih jelas. Manalah tau kot ade yang macam kenal ke kan. Haha

Seronok betul budak sorang ni main lego eh


2 Gambar ni saje gatal-gatal main dengan webcam yg disediakan.
Takde ape pon, saje gatal-gatal main. Haha










Barnie & Pengu





Ni jela classmate lelaki yang ada


Dr. Haliza Hirza Bt Jaffar
Leturer BEL yg byk bagi input baru sepanjang sem ni

Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

16 March 2013

Dinner ACE

Assalammualaikum

Bertarikhkan 24 Februari 2013 bersamaan hari Ahad, lama dah tarikh tu, tapi baru nak post sekarang eh Farah?

Hari ni ade program untuk student Fakulti Perakaunan.
Siang ade Rapid ACE, malam pula Dinner ACE.
ACE tu nama kelab akaun kitorang dekat sini, Accouting Community Empire.

Pagi tu Farah bangun sebelum pukul 6 pagi dengan harapan tak ramai orang kat bilik air tu untuk mandi.  Terkejutnye Farah bila tengok penuh, beratur lagi dorang ni.  Wahh, tak sangka ramai yang bangun awal sebab nak mandi dulu. Haha.  Tapi Farah bernasib baik sebab time Farah pergi tandas aras lain, ada yang baru keluar, Farah pon masuk jela terus.  Rezeki tu namanye. Hehe.

Pukul 7 pagi dah naik bas untuk ke Hutan Bandar.  Sampai je kena tunggu trip yang seterusnya sampai lepas tu berkumpul kat satu tempat untuk sesi berkumpulan.  Semuanya ada 10 kumpulan dan Farah kumpulan yang kedua.  Mula-mula macam biasa la kalau aktiviti berkumpulan ni, kena lantik ketua dan fikirkan cheers masing-masing mengikut negeri yang kitorang dapat.  Kumpulan Farah dapat Negeri Perak, jadi cheers kami pon kena la ada kena mengena dengan Perak kan. Simple je cheers kitorang.

"Ooo....kami mai dari Perok, 
Jage-jage, teman bakor je"

Lepas tu setiap kumpulan kenalah tunjukkan cheers masing-masing. Lepas dah bagi taklimat sikit pasal syarat-syarat semua, maka bermula Rapid ACE kami tepat jam 9 pagi.  Ada 10 kumpulan, jadi ada 10 checkpoint lah maksudnya.  Kumpulan Farah bermula dengan checkpoint no 9, 8,7,6,5,4,3,2,1, akhir sekali baru 10.

Habis dalam pukul 1 petang lepas tunggu semua kumpulan habis. Dapat makanan dan terus balik.  Bas amik dalam pukul 2 petang.  Balik tu semua orang pon akan berebut bilik air sekali lagi untuk mandi lepas dah berpeluh-peluh bagai tapi sebab penuh sangat jadi Farah pon makan lah dulu. Elok dah siap semua, bila Farah naik katil kononnya nak berehat, kawan Farah mesej suruh siap-siap sebab nak kena datang kat hotel tu awal untuk siapkan backdrop kat pentas tu.

Dalam pukul 4 petang sampai kat MSuite Hotel, kitorang terus mulakan sesi menghias pentas tu. Kitorang nak pam belon tapi alangkah sedihnye pam tu rosak.  Jadi tiup manual lah jawabnye.  Belon dekat 200 nak kena tiup, nasib baik tak guna semua.  Tiuplah kitorang berempat gilir-gilir.  Semput jugaklah tiup. Haha, Farah ni dah la tak suka belon yang besar-besar tu, fobia. Hehe.

Dalam pukul 6 petang solat Asar & gosok baju untuk malam tu.  Lepas tu turun balik untuk sambung menghias pentas tu sementara budak lelaki nak guna bilik tu untuk bersiap-siap.  Dalam pukul 7 tu dorang dah siap, budak-budak perempuan lah pulak pakai bilik tu untuk bersiap-siap.  8.30 majlis baru betul-betul bermula. Kitorang turun pon sebelum 8.30, ok lah tu kan.

Mula-mula tu segan jugaklah nak masuk dewan tu sebab dah nampak budak lelaki kelas sendiri kan. Sampai-sampai je ayat ni keluar "Lainlah Farah".  Ye, Farah tak pernah pakai dress pun sebelum ni, Haha, jadi bila dorang cakap macam tu, malu jugak lah.  Nasib baik malam tu je dorang cakap camtu, kat kelas dah tak cakap pape.  Kalau budak lain tu ada lah jugak yang kena nganjing tak sudah.

Majlis dimulakan dengan ucapan penasihat ACE, senior lecturer & ucapan daripada seorang ANC yang dijemput untuk bagi ucapan & tips kat bekas junior-junior dia ni. Lepas tu aktiviti yang paling dinantikan.  MAKAN!!

Sambil-sambil tu ada la persembahan daripada budak Part 2 dengan montaj-montaj pasal ACE.  Habis je majlis, sesi bergambar pula.  Amik gambar untuk setiap batch dengan amik gambar masing-masing lah. Oh, bagi yang belum tahu, Farah ni kat kampus kecik je, studentnye tak sampai 1,000 orang pon.  Disebabkan kitorang bakal berpindah ke Segamat, jadi kampus Farah dah takde intake baru.  Yang tinggal cuma part 2,3,4 & 6 je.  Jadi memang tak ramai manalah kalau nak amik gambar ikut batch.

Dalam pukul 11.30 tu naik bas dan tunggu yang lain naik sama.  Macam biasa, bas akan dimampatkan seperti sardin sebab nak 1 trip je. Sampai kampus dalm pukul 12 lebih.  Farah balik solat pastu terus tido.  Esok dah lah kelas 8 pagi. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keesokkan harinya yang bersamaan dengan hari Isnin, Farah ada kelas akaun pukul 8 pagi diikuti kelas costing pukul 10.  Nasib baik puan memahami dengan bagi berita baik kelas takde pagi tu.  Ikutkan hati nak je tido balik tapi mata dah segar pulak, jadi teruskan jela practice untuk presentation petang tu nanti.  Walaupun kelas pukul 8 pagi takde, tetap ade yang tak datang kelas pukul 10 tu.

Presentation Bel petang tu memang Farah rasa sangat teruk.  Ingatkan Farah je rasa macam tu, tapi budak kelas Farah majoriti cakap macam tu.  yela, isnin lepas bagitau ape nak kena buat, isnin minggu depan terus kena present.  Sbb banyak quiz  & assignment nak kena siapkan minggu tu, so preparation tu memang dapat wat sikit jela. Farah dah la takde masa nak hafal point-point yang Farah nak present tu, sekali tengah present, Dr tegur pulak sampai marah-marah.  Slide-slide seterusnya memang hancus la Farah present sebab lepas Dr marah-marah tu, terus gagap, nervous pon kembali, lupa point.

Ni Farah masukkan gambar sikit je.  Yang lain semua sebagai simpanan. Ngeh3


Classmates yang datang malam tu


Classmates


Classmates + ex classmates lelaki


Sebelum pulang ke kampus sementara menunggu yang lain masuk bersama budak bilik
Oh, Tema Dinner kami malam tu BIRU

Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)