Blog ni tak ade lah cantik sangat, comel pon tidak, tapi cukup lah sekadar sedap mata memandang, dapat tenangkan fikiran, dapat info baru, dapat ilmu baru, dapat berkongsi pengalaman baru.
Tuan punye blog ni tak ade lah reti sangat nak touch up touch up blog bagi superb.Jadi, terima lah seadanya..hoho
Minta maaf lah ye kalau anda penat nak scroll ke bawah sebab saya x buat read more tu..rajin-rajin la scroll eh..hehe

02 December 2012

Meluangkan masa terluang

Assalammualaikum.

Hah, meluangkan masa katenye. Hari ni Farah memenatkan diri dengan berjalan sane sini je. Plan awalnye nak keluar dalam pukul 10 pagi, tp disebabkan kawan Farah ni pukul 9.30 baru nak gerak keluar dari rumah & pergi sarapan dulu, jadi ditunda ke petang. Lepas zohor barulah kitaorang keluar.

Mula-mula pergi terminal Larkin tu sebab kawan Farah nak pergi cari sandle kat sane. Murah katenye. Tapi sampai-sampai je ktaorang p cari tempat makan dulu sebab kawan Farah yang lagi sorang tu nak makan. Kitaorang pon joinlah sekali. Yang lapar dia, tapi dia tak habiskan makanan dia, kitaorang berdua yang tak berapa nak lapar ni pulak yang habis makan. Hehe. Masa bayar tu orang kat kaunter tanya yang Farah ni student ke. Farah pon iyekan ajelah, lepas tu orang kaunter tu bagi air mineral. Baru Farah tahu kalau student dapat air mineral free. Hehe

Lepas tu bermulalah cari sandle kawan Farah tu. Itu tak nak, ini tak mahu. Tapi nasib baik akhirnye jumpe jugak. Lepas tu dia nak cari stokin dengan handsock pulak. Plan asalnya Farah nak jalan-jalan kat jb ni tapi bila tanye kawan Farah ni die pon tak tahu nak pergi mane. Alih-alih Plaza Angsana jugak kitaorang pergi.

Meronda dari tingkat atas sampai bawah lepas tu naik balik. Paling lama kitaorang habiskan masa dekat kedai Badan. Mule mencari barang lepas tu nak pinjam kad kat kawan pulak, dah makan masa dekat situ. Bila nak bayar tetiba terjumpa satu buku yang menarik. Tak ingat pulak tajuk buku tu. Rahsia tarikh lahir kot? Baca punye la lama & bising. Haha, buat malu je.

Selesai tu budak 2 orang ni nak pergi cari selipar bilik pulak sebab bilik kotor walaupun dah bersapu. Tapi tak jumpa pon. Dalam pukul 5.40 petang tu ingat nak balik dah tapi pergi solat dulu. Sampai kolej pon lebih kurang sejam kemudian. Nasib baik dah solat, kalau tak terkejar-kejarlah nak solat asar sebab dah nak pukul 7 kan. Sekarang waktu masuk awal.

Oh, dalam bilik Farah ni Farah ade kembar. budak part 2 akaun. Nama die syafiqa. Akhirnya Farah tahu jugak nama dia. Padahal daripada sem lepas kot selalu terserempak dengan Farah. Even mase induksi pon satu grup dengan dia tapi tak pernah tahu pon nama die. Hehe. Muka dia memang same okay, nanti kalau berkesempatan Farah tunjuk gambar dia dengan Farah. Haha.
Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

0 comments: