Blog ni tak ade lah cantik sangat, comel pon tidak, tapi cukup lah sekadar sedap mata memandang, dapat tenangkan fikiran, dapat info baru, dapat ilmu baru, dapat berkongsi pengalaman baru.
Tuan punye blog ni tak ade lah reti sangat nak touch up touch up blog bagi superb.Jadi, terima lah seadanya..hoho
Minta maaf lah ye kalau anda penat nak scroll ke bawah sebab saya x buat read more tu..rajin-rajin la scroll eh..hehe

09 December 2012

Minggu Pertama

Assalammualaikum.

Ok, Minggu pertama kuliah tak ade yang menarik sangat pun nak cerita. Biasa-biasa jer. Hari Rabu daripada ade 3 kelas, disebabkan lecture akaun semua tak ada, jadi tinggal lah satu kelas je. Lepas habis kelas tu kitaorang makan lepas tu terus rasa nak tengok wayang. Yela, kelas satu je, hari rabu wayang murah pulak kan. Lagi pon, awal-awal sem yang belum banyak kerja lagi ni, boleh la pergi berjimba dulu..Haha.

Gerak dalam pukul 12 ke city square. Kitaorang tengok cerita The Life of Pi. Bagi Farah jalan cerita dia menarik, ada lah babak-babak kelakar dia. Tapi Farah tak berapa selesa sangat dekat dalam panggung tu sebab Farah sangat sejuk walaupun dah ada sweater, dan orang lelaki sebelah Farah tu badan dia agak besar, jadi dia macam makan ruang Farah sikit la.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam Rabu tu Farah dah mula rasa selsema, mungkin sebab sejuk sangat air-cond kot. Farah memang jenis yag tak tahan sejuk. Even pergi kelas hari-hari pon mesti standby sweater sebab takot sejuk. Hehe.

Hari Khamis tu Farah memang rasa tak sihat je, tekak dah mula rasa perit, tup-tup time kelas tiba-tiba rasa badan ni panas pulak walaupun Farah rasa sejuk. Rupanya Farah demam 3 hari sampai hari Sabtu. Memang time kelas hari Khamis tu macam terpaksa jela kan. Kelas Eco pun Farah ye kan aje, sebab memang tak boleh nak masuk langsung. Nak-nak lagi Dewan Kuliah tu air-cond die tersangatlah sejuk, dah tu kelas Farah je pulak kat dalam tu. Selalunye kalau kat DK kan ada campur dengan kelas lain. 

Balik dari kelas tu memang Farah tidur jela kan sampai magrib sebab nak buka puasa kan. Hehe. Buka puasa pastu telan 2 biji panadol. Air toksah cerita berapa banyak Farah minum sebab sepanjang hari tu memang haus gila sebab sakit tekak kan. Dengan demamnye lagi. Pergh, memang dugaan lah orang kate. Malam tu dalam kul 10 lebih Farah tidur sampai lah subuh.

Hari Sabtu tu Farah rasa memang tak tahan sangat, jadi Farah amik keputusan nak kena pergi klinik jugak. Nasib baik lah ade Hajar yang meneman Farah pergi klinik. Dan nasib baik lah klinik yang ada panel tu dekat je dengan kampus Farah. Oh, Farah kalau pergi klinik yang ade panel kena bayar Rm6.00 je untuk jumlah pembayaran, yang lain semua insuran cover. Tapi dia cover sampai umur 25 tahun jela. Farah dapat antibiotik, ubat selsema, ubat batuk dengan panadol. Sebab Farah demam, selsema & batuk. Jadi ubatnye pun banyak lah sikit. Ubat batuk tu Farah mintak yang telan punya sebab Farah tak suka yang jenis kunyah or hisap. Doktor tu pon bagi Farah yang liquid punye jela.

Hari ni alhamdulilah demam dah baik. Selsema pun dah kurang, cuma masih rasa gatal je tekak ni. Baru lah ada masa nak update blog ni, malam tadi pon tak buat pape, tengok movie je. Hehe.

Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

0 comments: