Blog ni tak ade lah cantik sangat, comel pon tidak, tapi cukup lah sekadar sedap mata memandang, dapat tenangkan fikiran, dapat info baru, dapat ilmu baru, dapat berkongsi pengalaman baru.
Tuan punye blog ni tak ade lah reti sangat nak touch up touch up blog bagi superb.Jadi, terima lah seadanya..hoho
Minta maaf lah ye kalau anda penat nak scroll ke bawah sebab saya x buat read more tu..rajin-rajin la scroll eh..hehe

30 November 2012

New entry , New semester.

Assalammualaikum kepada yang membaca. Dah lama rasenye Farah tak menaip entry dalam blog ni. Semuanya bemula sejak Farah sambung pelajaran ke universiti. Terasa sangatlah malas nk on laptop untuk menaip entry baru. Ditambah lagi dengan assignment yang tak pernah putus.

Bagi yang memang dah follow Farah mesti akan tertanya-tanya mana pulak lah entry Farah yang sebelum-sebelum ni. Farah dah letak entry tu semua dalam draft sebab kalau nak delete sayang. Hehehe. Tapi memandangkan semangat untuk mengupdate blog ni kembali dalam diri tuan punye blog, rasenye macam nak mula balik. Hahaha.

Tengok tajuk je dah nampak dua isi utama dalam entry ni. Pertama dah diceritakan kat atas sane pasal entry baru. Yang kedua semester baru. Pejam celik pejam celik, cepat aje mase berlalu. Farah sekarang dah masuk semester empat dah. Farah sendiri pon macam separa sedar pasal benda ni sampailah kakak Farah tanye Farah "Hang dah semester berapa?" . Farah pon jawab lah "Dah nak masuk sem 4". Kakak Farah pon tanye lagi "Hang dah 2nd year lah?" Pastu die terkejut lah "Uih, lame jugak akak buat master"

Masa tu lah bila Farah fikir balik, Farah pon terkejut jugak. Haha, baru sedar diri sendiri ni dah nak masuk sem 4. Kakak Farah tu buat master dari sebelum Farah masuk U lagi, tu yang die terkejut tu yang die tak habis-habis master lagi sebab prof die tu asyik la dok tahan die.

Esok dah nak ke JB untuk pendaftaran kolej, alhamdulilah dapat kemudahan kolej lagi. Kawan Farah ramai jugak yang tak dapat kolej, kesian jugak. Tapi mesti boleh dapat punye lepas diorang buat rayuan sebab sem ni kampus Farah tu dah takde intake dah. Al maklumlah, kampus Farah tu kampus sementara je. Sebab kampus kat Pasir Gudang tu masih dalam pembinaan yang dijangka siap pada 2014.

Farah rase tak mau lah dok cerita panjang lebar lagi. Farah pon bukan rajin sangat nak menaip panjang-panjang. Ngeh ngeh ngeh. Nanti Farah update lagi.
Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

0 comments: