Blog ni tak ade lah cantik sangat, comel pon tidak, tapi cukup lah sekadar sedap mata memandang, dapat tenangkan fikiran, dapat info baru, dapat ilmu baru, dapat berkongsi pengalaman baru.
Tuan punye blog ni tak ade lah reti sangat nak touch up touch up blog bagi superb.Jadi, terima lah seadanya..hoho
Minta maaf lah ye kalau anda penat nak scroll ke bawah sebab saya x buat read more tu..rajin-rajin la scroll eh..hehe

15 April 2013

Alhamdulilah

Assalammualaikum

Okay, Farah baru je sampai rumah semalam balik dari Johor Bahru. Bertarikhkan 13 April 2013, Farah telah pun mengakhiri semester 4 Farah dengan paper terakhir yang agak susah nak jawab.  Mentang-mentang paper akhir, susah pulak dia.  Ini menyebabkan ramai yang merungut susah bila keluar dewan.  Hahah.

Even budak yang pandai pun cakap susah, kami yang tak berapa nak pandai macam mereka ni lagi lah terasa berkali ganda susahnye.  Apa-apa pun, Farah dah berusaha, dah cuba jawab yang terbaik, kini hanya mampu berdoa dan tawakkal sahajalah kepada Allah.  Harap result sem ni lebih baik daripada sem lepas.

Semalam balik dalam tengah hari lepas tu pergi singgah dekat rumah pakcik Farah sekejap sebab rasanya dah lama tak datang rumah pakcik Farah tu.  Dalam pukul 1 baru gerak balik tapi pergi singgah Giant kejap untuk cari stoking yang berjari untuk ibu jari tu.

Macam mana rupa stoking tu nanti Farah tunjuk.  Bagus pakai stoking jenis yang macam tu sebab kita tahu kaki tu juga aurat kita sebagai seorang perempuan, selalunya kalau pakai stoking ni, kasut pun nak kena pakai yang jenis sarung je, tak boleh nak pakai kasut yang jenis macam selipar tu ada pulak pembahagi kat tengah-tengah.  Dengan stoking yang macam ni, Farah boleh pakai selipar atau kasut yang macam mana pun dengan selesa.  Memang lah kalu pakai stoking biasa pun boleh je pakai selipar tu tapi rasa tak berapa selesa lah.

Lepas tu bermulalah perjalanan Farah dari Johor Bahru ke Port Dickson.  Agak risau jugak sebab Farah memandu secara haram ye.  Maksudnya Farah memandu tanpa bawak lesen. Hahah, tapi alhamdulilah selamat sampai ke rumah tercinta.  Sebab Farah dah lama jugak tak drive.  Ok, kat bawah ni ada gambar stoking ibu jari yang Farah maksudkan tu.






Selamat bercuti Farah. Heheh
*Gambar daripada pakcik google




Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

6 comments:

Unknown said...

farah jual?? berapa?

Mysara Ab Rahman said...

wah..berkaler2

Farah said...

@~didiey~

Eh, takdelah. Yang tu cuma gambar je cari kat google. Tapi memang susah kalau nak cari kat kedai biasa.

Farah said...

@Mysara Ab Rahman

kan, cantik.

izyanrazali said...

kt giant ade eh stokin ni? ssh sgt nk cri kt kdai...

Farah said...

@izyanrazali

Farah jumpe stokin ni bukan dalam giant pon. cume kat kiosk2 kecik yg bhgn luar je.

Stokin camni kadang ade je jual tp sebab Farah nak yg plain & warne skin/hitam , tu yg susah nk cari. Selalu jumpe ade corak2. Macam kelakar kalau pakai dgn selipar.