Blog ni tak ade lah cantik sangat, comel pon tidak, tapi cukup lah sekadar sedap mata memandang, dapat tenangkan fikiran, dapat info baru, dapat ilmu baru, dapat berkongsi pengalaman baru.
Tuan punye blog ni tak ade lah reti sangat nak touch up touch up blog bagi superb.Jadi, terima lah seadanya..hoho
Minta maaf lah ye kalau anda penat nak scroll ke bawah sebab saya x buat read more tu..rajin-rajin la scroll eh..hehe

05 February 2013

Kampus Hijau

Assalammualaikum.

Bertarikhkan 5 Januari 2013 bersamaan dengan hari Sabtu.  Ye, tarikh tu sebulan yang lalu.  Walaupun ramai student yang balik, yang ada trip ke KL, tapi yang masih tinggal ni jela yang pergi event tu.

Pagi-pagi lagi dah kene kerah untuk bangun tidur dan berkumpul kat dataran untuk program Kampus Hijau ni.  Program dimulakan dengan ucapan daripada orang kuat program tu dan diteruskan dengan penerangan tentang program Kampus Hijau ni.  Lepas tu dirasmikan oleh Rektor dan bermulalah aktiviti senamrobik kami bersama dengan Dr. Noor Hanim selama setengah jam.

Sementara menunggu, masih sempat bergambar. Hehe

Selesai senamrobik, bermulalah aktiviti gotong royong di kawasan kampus dan kolej.  Dibahagikan kepada tiga sektor dan bersihkan lah kawasan di sektor masing-masing selama satu jam.   Tapi kalau dah siap awal, boleh terus berkumpul semula ke dataran.  Lepas tu sambung pulak kena bersihkan bilik masing-masing beserta dengan tandas setiap aras.  Masa diberi dalam satu jam setengah lepas tu berkumpul lagi sekali di dataran.   Akhir sekali kami diberi makanan tengah hari dan kupon aktiviti.

Sebenarnye program macam ni memang lah bagus sebab kalau tak buat, takdenya mereka-mereka ni nak kemas dan bersihkan tempat mereka tu.    Lagi-lagi yang memang jenis pemalas dan pengotor tu, memang kalau tengok tempat die, paham paham sendirilah.  Takkan lah setiap kali pun orang yang sama je nak bersihkan bilik tu, kata sama-sama guna, sama-sama lah jaga dan bersihkan jugak.  Kalau kipas tu dah berhabuk pon buat tak reti je, janganlah nak bising-bising kata panas.  Kalau tempat sendiri pon tak kemas, jangan lah nak bising-bising bila asyik bersin jer.  Dah terang-terang tempat awak tu kotor kan.

Eh, ter-emo pula.  Hehe :p



Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

1 comments:

SeputihSalju said...

sekali sekala ada aktiviti mcm ni best jugak kan..

slm knl.. follow sini :-)