Rasanya dah macam agak lama jugak tak update entry baru. Adalah beberapa entry nak buat tapi semua masih dalam draft gara-gara tak ada masa untuk mengupdate blog ni.
Maafkan lah Farah. Sekarang ni pun saje gatal sebab macam dah penat mengadap buku tu. Asyik dok mengadap share-share tu je. Konfius Farah dibuatnye. Padahal esok ada quiz kul 8 pagi. Harap lah Farah boleh jawab esok. Hihihi..
Hujung minggu ni cuti lama, mesti ramai budak balik. Budak kampus ni tak payah cakap lah, setiap hujung minggu memang kolej ni akan sunyi je kecuali kalau ada test. Haha, sebab semua tak boleh nak balik kan. Cakap pasal test, sabtu sampai isnin ni Farah ade test. 3 hari untuk 3 subjek. Pelik kan, tengah-tengah cuti pun ada test. Dah la hari Khamis cuti Maulud Nabi, Ahad Thaipusam dan di bawa ke hari isnin. Dah dapat 5 hari cuti dah kat situ. Tapi tak boleh nak balik sebab ade test. Macam tak ada tarikh lain je nak buat test. T_____T
Lepas test tu ade presentation untuk BEL pulak hari Selasa tu. Nasib baik Farah punye group present hari Khamis. Adoi, skrip pun tak siap sepenuhnye lagi, ape lagi nak menghafal dan berlatih. Dah la Farah punye dialog paling banyak pulak tu. Grammar pun tak tengok balik lagi tu betul ke tidak. Hahaha. Dah la setiap scene ade watak Farah. Huhu, berat pulak jadi watak ni. Nak buat macam mane, dah nasib dapat watak yang macam tu. Walaupun banyak dialog tapi pendek-pendek lah jugak.
Tengah serabut ni nak study untuk test tapi pada masa yang sama nak kena buat assignment Bel yang kedua ni. Pastu sebenarnye kena start buat assignment Bel yang ke-3 sebab lepas present minggu depan, terus present untuk assignment yang ketiga pulak. -,-" Semoga Farah tak terasa stress sangat. Huhuhu.
4 comments:
Gudluck for tomorrow ya :)
selamat menyetudykan diri..saye cuti! :p
@Honeys Hasdi
Thanks :)
@sitihanisahali
Thanks :) Ala, tak aci Farah tak dapat nak cuti ! Hehe
Post a Comment