Tajuk entry macam ade sesuatu yang penting je kan? Takde lah penting sangat pun. Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk ape. Hehehe.
Hari ni Farah ade kelas direct 8 pagi sampai 2 petang. Tu pun kelas ketiga tu habis awal, dalam pukul 1 lebih. Waktu-waktu macam ni kalau nak pergi cafe tu untuk makan memang tak boleh nak berharap lah. Sebab selalunya mesti tinggal saki baki jer.
Tapi tadi still boleh tahan la ade lagi, tu pun ada lauk yang tinggal kuah jer. Farah bungkus jela untuk makan kat bilik sebab kawan bilik Farah tu tengah makan dan dah nak habis dah pun. Sampai bilik je makan dulu. Uztazah pernah cakap, kalau nak solat tapi belum makan lagi, elok pergi makan dulu. Kalau tak, nanti solat tak khusyuk. Yela, tengah solat tu asyik dok fikir nak makan jer. Lepas tu nanti mula lah nak habiskan solat cepat-cepat. Tu kata uztazah Farah dulu la. Tapi memang betul pun. Hehe
Lepas tu mula lah nampak sikit-sikit budak-budak ni dok bawak beg sebab nak balik rumah masing-masing. Yela, cuti sampai hari Isnin kan. Hujung minggu ni cuma tinggal budak-budak akaun jela sebab ada test hujung minggu ni. Boleh baca entry Farah sebelum ni bagi yang tak tahu. Geram pulak tak dapat nak balik rumah sebab cuti agak panjang kan. Adik beradik Farah semua balik rumah HARI NI kot. Farah je yang masih tercongok kat JB ni.
Sabar jelah, dugaan kan. Bak kata cikgu Farah dulu, susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Harap lah berbaloi dengan segala dugaan yang dihadapi sepanjang hidup sampai ke hari ni. Baru lah rasa puas hati.
Dah la, Farah nak mula cari maklumat untuk assignment BEL Farah yang ke-3. Sebab minggu depan dah kena present untuk assessment yang ke-2. Lepas tu tak tahu lah ada masa ke tidak nak prepare untuk assessment yang ke-3 tu.
Bila Farah nak baca AIS ni, test Sabtu pagi kot. Teori pulak tu. Satu pun tak baca lagi. Haha.
0 comments:
Post a Comment