Blog ni tak ade lah cantik sangat, comel pon tidak, tapi cukup lah sekadar sedap mata memandang, dapat tenangkan fikiran, dapat info baru, dapat ilmu baru, dapat berkongsi pengalaman baru.
Tuan punye blog ni tak ade lah reti sangat nak touch up touch up blog bagi superb.Jadi, terima lah seadanya..hoho
Minta maaf lah ye kalau anda penat nak scroll ke bawah sebab saya x buat read more tu..rajin-rajin la scroll eh..hehe

27 June 2013

Monsters University




Assalammualaikum

Entry kali ni Farah nak masukkan cerita mengenai cerita yang baru ditayangkan kat pawagam.  Cerita ape lagi, tengok gambar pon dah tahu.  Monsters University.  Farah dah lama jugak lah menanti cerita ni keluar. Best jugak lah bagi Farah.  Seronok untuk menghilangkan stress.  Tengok cerita kartun ni macam relax sikit. Disebabkan Farah pergi tengok hari Rabu, dikala pagi hari sebab kelas pagi tu cancel, dapatlah tengok awal sikit cerita tu.

Disebabkan budak-budak ni nak tengokk 3D, kenalah amik yang pukul 12 tengah hari punye.  Kalu ikut plan asal nak tengokk yang pukul 11.30 punye sebab pagi tak ramai orang.  Budak sekolah pun tak balik lagi, jadi tak ada lah penuh panggung tu.  Sebab tak ramai, kitorang dapat seat memang betul-betul tengah dan atas jugak lah.  Memang tak ramai pun dalam panggung tu.

Overall best lah cerita ni.  Pergi lah tengok kalau belum tengok.


Yang ini masa Mike zaman kecik
Dia sangat comel time ni dengan suara budak-budak nye



Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

22 June 2013

World War Z




Assalammualaikum

Dah lama rasanya Farah tak menaip dalam blog ni.  Selalunya membaca blog orang aje.  Okay, kali Farah update sebab nak review cerita seperti yang tertera pada tajuk entry kali ni.  Bagi Farah cerita die menarik, best pun boleh tahan, kelakar tu ade lah jugak sikit.  

Dalam cerita ni ade jugak keganasan sikit, sangat berdebar-debar sepanjang cerita.  Tak ketinggalan jugak kalau dah berdebar-debar tu, kawan baik die mestilah rasa 'terkejut'.  Ada jugak la beberapa kali Farah tersentak sebab tak ready dengan scene yang mengejutkan tu.  Hehe.  Pastu ada jugak yang scene zombie banyak-banyak tu, Farah rasa macam tengah main game pun ade jugak. 

 Okay lah, Farah tak nak cerita lebih-lebih, nanti spoil pulak.  Kalau rasa nak tengok, baik pergi tengok cepat-cepat.



Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

15 April 2013

Alhamdulilah

Assalammualaikum

Okay, Farah baru je sampai rumah semalam balik dari Johor Bahru. Bertarikhkan 13 April 2013, Farah telah pun mengakhiri semester 4 Farah dengan paper terakhir yang agak susah nak jawab.  Mentang-mentang paper akhir, susah pulak dia.  Ini menyebabkan ramai yang merungut susah bila keluar dewan.  Hahah.

Even budak yang pandai pun cakap susah, kami yang tak berapa nak pandai macam mereka ni lagi lah terasa berkali ganda susahnye.  Apa-apa pun, Farah dah berusaha, dah cuba jawab yang terbaik, kini hanya mampu berdoa dan tawakkal sahajalah kepada Allah.  Harap result sem ni lebih baik daripada sem lepas.

Semalam balik dalam tengah hari lepas tu pergi singgah dekat rumah pakcik Farah sekejap sebab rasanya dah lama tak datang rumah pakcik Farah tu.  Dalam pukul 1 baru gerak balik tapi pergi singgah Giant kejap untuk cari stoking yang berjari untuk ibu jari tu.

Macam mana rupa stoking tu nanti Farah tunjuk.  Bagus pakai stoking jenis yang macam tu sebab kita tahu kaki tu juga aurat kita sebagai seorang perempuan, selalunya kalau pakai stoking ni, kasut pun nak kena pakai yang jenis sarung je, tak boleh nak pakai kasut yang jenis macam selipar tu ada pulak pembahagi kat tengah-tengah.  Dengan stoking yang macam ni, Farah boleh pakai selipar atau kasut yang macam mana pun dengan selesa.  Memang lah kalu pakai stoking biasa pun boleh je pakai selipar tu tapi rasa tak berapa selesa lah.

Lepas tu bermulalah perjalanan Farah dari Johor Bahru ke Port Dickson.  Agak risau jugak sebab Farah memandu secara haram ye.  Maksudnya Farah memandu tanpa bawak lesen. Hahah, tapi alhamdulilah selamat sampai ke rumah tercinta.  Sebab Farah dah lama jugak tak drive.  Ok, kat bawah ni ada gambar stoking ibu jari yang Farah maksudkan tu.






Selamat bercuti Farah. Heheh
*Gambar daripada pakcik google




Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

06 April 2013

Akustik + Bowling

Assalammualaikum

Elok Farah mulakan kisah yang berlaku pada 7 Mac yang lepas. Err, agak lama sikit sebab die cume sempat duduk dalam draft je.  Tak sempat nak habiskan menaip. Haha

Ok, Hari Khamis tu kelab TheMa ade mengadakan pra dengar akustik.  Farah pon saje lah nak pegi tengok kan.  Farah rase memang tak sia-sia lah pegi tengok sebab dorang buat memang best.  Suara pon mantap-mantap semuanya.  Yang paling tak leh blah time persembahan penutup dorang lah.  Walaupun takde kena mengena dengan akustik, tapi memang buat Farah terhibur lah.  Dengan tango nye, geleknye.  Yela, sebab yang buat persembahan malam tu kebanyakkannye kenal kan, so macam agak teruja sikit lah.

Tak amik video sebab suasana gelap, lagi pon nanti memori phone tak cukup. Hehe

Walaupun tong sampah & baldi dijadikan macam drum, tapi bunyinye sangat sedap ok.

V.O.Q
Voice Of Quiver

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Birthday Girl
Hari Jumaat keesokkan harinye merupakan hari jadi classmate Farah.  Memang kawan die rancang baik punye yang melibatkan satu kelas sekali.  Yang untungnye kelas kitorang harini memang satu kelas je tapi habis awal, so ape lagi.

Punyelah dorang dok berkumpul kat cafe untuk prepare kek bagai, pastu Farah dengan lagi sorang kawan ni beriye la memujuk birthday girl ni turun pegi cafe, nak umpan la kononnye.  Tapi tak jadi sangat lah, dia dapat rasakan ade yang tak kena tapi die still tak expect yang kawan baik dia tu akan buat surprise yang macam tu.

Menagis kot dia sebab dia sedih kawan baik dia tak wish dia, rupenya ade udang sebalik batu.  Sebab birthday dia punye pasal, dan hari tu kitorang pon free, so kitorang ajak lah budak2 kelas ni keluar main bowling. Rabu lepas 12 org dah pegi, siap dapat free 1 game lagi. 

Sebab dorang dapat kupon free 1 game, jadi mereka hanya perlu bayar untuk 1 game je.  Petang tu kitorang main 20 orang, so amik 4 lane lah. main 2 game.  Memang sakit tekak lah sebab dok jerit-jerit dan bagi sorakan walaupun markah sendiri langsung tak memberangsangkan. Huhu.


Farah memang tak pandai nak baling bola bowling tu betul-betul, jadi dengan menggunakan tips yang pernah diberikan kawan sekolah Farah yang merupakan wakil sekolah dulu, dapat lah jugak jatuhkan banyak sikit pin tu. Haha. Pastu tanye jugak budak-budak yang asyik strike dengan spare tu, baling slow je tapi dapat jugak strike dengan spare. Macam tak boleh nak terima langsung. Haha, tak puas hati betul Farah rase.

Kitorang cume sempat habiskan 2 game dan terus kena balik sebab waktu keluar masuk kolej cumelah sampai pukul 9 malam je. Huhu, sampai-sampai kat kampus memang tepat kul 9 malam.  Lepas tu terus gi makan kat kedai depan sebab lapar giler. Haha

Naik ke bilik dalam pukul 10 malam. Balik je terus pegi mandi & solat pastu terus naik katil.  Tapi tidonye tetap pukul 12 lebih jugak walaupun rasa penat + mengantok.












Sebelum memulakan permainan. Haha

Sebelum balik dari main bowling.
Girls only





Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

21 March 2013

IRDA

Assalamualaikum

Bersamaan dengan 5 Mac 2013, akhirnye menjadi jugak trip kitorang utk subjek BEL.  English subjek kitorang lepas banyak kali tertangguh.  Memang kitorang cari hari selasa jugak sebab harini jela yang kitorang ade kelas bel kul 8-10 pagi JE.  So, trip kitorang petang tu jugak sebab pegi ke IRDA je, tak jauh sangat lah.

Kitorang punye lawatan akademik ke Iskandar Regional Development Authority (IRDA). Dr. cakap kul 1.40 nak gerak tapi biasa lah, pasti ada yang lambat.  Nasib baik Farah sempat masuk bas sebelum Dr masuk.  Sebab 1.50 tu memang Dr suruh driver bas tu gerak je.  Untung kawan Farah sorang tu sempat sampai sebelum bas nak keluar gate, so, sempatlah die masuk dalam bas tu.  Tapi Dr memang marah gile la.

Sampai je terus ade briefing sikit pasal IRDA ni pastu jalan-jalan kejap dalam convention centre tu sementara tunggu penceramah tu.  Pastu dengarlah ceramah tu dan sesi soal jawab.  Habis dalam pukul 4 petang, pastu die bagi kitorang sambung jalan-jalan lagi kat dalam tu sebab tadi dapat tengok kejap je kan.  Budak budak ni pon ape lagi, mulakan lah sesi bergambar. Haha.

Untuk maklumat lanjut leh search kat google pasal IRDA ni, dia macam jadi pengantara antara investor dengan kerajaan.  Legoland lah, Helo Kitty tu semua dorang yang deal dengan pihak berkenaan. 

Ok, kat bawah ni ade sikit gambar.  Ada yang tak jelas sangat lah, tak tahu pulak kenapa.  Sebab tengok dalam phone ok je gambarnye. tekan kalu nak tengok gambar dengan lebih jelas. Manalah tau kot ade yang macam kenal ke kan. Haha

Seronok betul budak sorang ni main lego eh


2 Gambar ni saje gatal-gatal main dengan webcam yg disediakan.
Takde ape pon, saje gatal-gatal main. Haha










Barnie & Pengu





Ni jela classmate lelaki yang ada


Dr. Haliza Hirza Bt Jaffar
Leturer BEL yg byk bagi input baru sepanjang sem ni

Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)