Assalammualaikum
Hari ni terasa nak menaip dalam entry baru. Haha. Seperti yang semua tahu, (atau mungkin ada yang tak tahu) hari ini keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau lebih dikenali dengan nama glamor nye UPSR dikeluarkan. Haa, macam biasa lah kalau keputusan peperiksaan keluar, terutama periksa besar macam ni memang pelbagai reaksi yang dapat kita tengok kan.
Farah teringat masa result UPSR keluar time Farah. Farah UPSR tahun 2005. Masa tu Farah datang sekolah macam biasa, memandangkan rumah Farah dengan sekolah dekat, jadi Farah boleh je berjalan kaki pergi sekolah walaupun tak ada sesiapa pun yang boleh datang bersama Farah untuk ambik result tu. Mula-mula tu kalau tak salah Farah cikgu dok berucap panjang lebar la mengenai UPSR ni.

Kalau tak salah nama yang ke 11 ke 13 ntah, nama kawan baik Farah ni disebut. Farah rasa bangga dengan dia sebab dia kawan Farah. Lepas tu Farah tetiba rasa berdebar-debar pulak sebab kawan sendiri pon boleh dapat 5A kan, kalau Farah ni punye result jauh berbanding dia, malu je Farah nanti dengan dia. Sebab Farah rasa kitorang punya result sebelum ni pon macam lebih kurang je. Hehe.
Lepas Farah dah ambik result Farah, Farah rasa keseorangan sekejap. Sebabnya kawan-kawan yang lain semuanya ada bersama ahli keluarga masing-masing. Ada yang dengan parents, ada yang dengan kakak, abang. Takkan lah Farah tiba-tiba nak menyibuk sama kan dengan diorang.
Haa, tak mahu lah cerita panjang lebar kan. Farah nak jugak tahu pengalaman korang masa UPSR dulu macam mana? Tak adil la Farah je yang kongsi pengalaman Farah kan. Jadi, macam mana pengalaman korang? Jom kongsikan bersama-sama pengalaman korang tu.
Gambar comel dari Cik Huda.