Blog ni tak ade lah cantik sangat, comel pon tidak, tapi cukup lah sekadar sedap mata memandang, dapat tenangkan fikiran, dapat info baru, dapat ilmu baru, dapat berkongsi pengalaman baru.
Tuan punye blog ni tak ade lah reti sangat nak touch up touch up blog bagi superb.Jadi, terima lah seadanya..hoho
Minta maaf lah ye kalau anda penat nak scroll ke bawah sebab saya x buat read more tu..rajin-rajin la scroll eh..hehe

01 February 2014

Trip ke Melaka

Assalammualaikum

Ok, dah agak lama Farah tak update blog ni. Memandangkan macam tak ada benda yang menarik sangat untuk dikongsikan.  Kali ni Farah akan update pasal trip Farah ke melaka hari tu. Post ni dah lama duduk dalam draft sebab menunggu gambar tapi apakan daya, gambar tu tak berjaya untuk di copy. sob sob. Takpe, nanti tengok gambar ape yang ada jela ye.

Ok, Bersamaan dengan 9 Januari 2014, kelas Farah ada buat fieldtrip ke Melaka. Bas bergerak dari Johor Bahru ke Melaka lebih kurang pukul 8.00 pagi dan sampai ke destinasi pertama kami sekitar jam 10.45 pagi sebab tersesat kejap. Hehe

Destinasi pertama ialah ke Kilang Dodol yang memang sedap dan digemari ramai terutama penggemar dodol dan wajik.  Ibu dengan abah Farah termasuk sekali sebab diorang sangat suka.  Mesti nak beli jenama ni punya sebab sedap. 

Haa, pernah tengok label warne kuning hijau ni? Ni lah produk keluaran Mamaku Food Industries atau namanya sekarang sudah bertukar kepada Hamidah Food Industries

Mula-mula briefing daripada En Zainal mengenai syarikat ni.  Dah 3 generasi sejak syarikat ni dimulakan, memang dah lama dah syarikat ni.  Lepas tu kami dibawa melawat sekitar kilang untuk melihat sendiri proses pembuatan dodol di sini.  Kilang ni menggunaka mesin untuk manggaul dodol.  Walaupun menggunakan mesin, tapi dodol ni tetap mengambil masa yang lama iaitu 8 jam untuk membuatnya.


Kalau korang nak tahu, dodol mamaku ade banyak perisa tau. Ada perisa Asli, durian, jagung, laici, strawberi, pandan dan kopi.  Tapi perisa-perisa ni diorang tak buat banyak. Diorang akan buat kalau ade permintaan. Kalau hari-hari biasa memang buat perisa asli dan durian sahaja.

Dodol perisa Pandan


Dodol perisa Strawberi


Dodol perisa Kopi
Dodol perisa Laici

Dodol perisa Jagung
Dodol perisa Asli
Diorang masih masak dodol ni menggunakan kayu api sebab ingin mengekalkan rasa asli dodol tersebut. Menurut kata En Zainal, kalau orang yang memang suka sangat dodol ni, diorang biasanya boleh tahu kalau dodol tu dimasak menggunakan gas atau kayu api. Dan biasanya mereka lebih sukakan dodol yang dimasak menggunakan kayu api sebab rasanya lebih sedap.



Yang ini yang expert nak tentukan kesedapan dodol tu. Dia boleh tau ape yang tak cukup.
Tak ingat pulak lah namanya.

Yang ni proses buat cakar ayam


Wajik Mamaku. Memang sedap.

Yang ni packaging untuk dodol

Ok, itu jelah gambar yang boleh Farah kongsikan sebab gambar banyak dekat kamera orang lain. Seterusnya kitorang pergi ke Hang Tuah Centre untuk tengok pembuatan kasut manik.  Orang yang memang nak menjahit manik ni memang sangat memerlukan tahap kesabaran dan ketelitian yang tinggi.


Hasil jahitan sebelum diletakkan pada kasut

Lepas tu bas kitorang drop dekat dataran pahlawan dan aktiviti bebas pon bermulalah. Berjalan sane sini. malam tu lepas isyak balik semula ke Johor Bahru.

Comel je cupcake ni kan. Gambar topi dan scroll. Semoga semuanya grad on time.



Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

14 November 2013

Apakah keputusannya??

Assalammualaikum

Hari ni terasa nak menaip dalam entry baru.  Haha.  Seperti yang semua tahu, (atau mungkin ada yang tak tahu) hari ini keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau lebih dikenali dengan nama glamor nye UPSR dikeluarkan.  Haa, macam biasa lah kalau keputusan peperiksaan keluar, terutama periksa besar macam ni memang pelbagai reaksi yang dapat kita tengok kan.

Farah teringat masa result UPSR keluar time Farah.  Farah UPSR tahun 2005.  Masa tu Farah datang sekolah macam biasa, memandangkan rumah Farah dengan sekolah dekat, jadi Farah boleh je berjalan kaki pergi sekolah walaupun tak ada sesiapa pun yang boleh datang bersama Farah untuk ambik result tu.  Mula-mula tu kalau tak salah Farah cikgu dok berucap panjang lebar la mengenai UPSR ni.  

Biasa la tu kan, kena la intro, bagi orang tak senang duduk & rasa tak menyabar nak tahu result kan.  Akhirnya waktu untuk diberi keputusan tu pon tiba.  Cikgu cakap cuma 15 orang sahaja yang dapat 5A.  Lepas tu dia pon sebutkan nama 15 orang tu.  Masa tu Farah dalam hati memang mintak dapat 4A pon jadilah sebab Farah tak rasa pon Farah boleh dapat banyak A memandangkan ujian dengan trial pon result ntah apa-apa.  Bandingkan dengan kawan-kawan Farah yang hebat-hebat semuanya.

Kalau tak salah nama yang ke 11 ke 13 ntah, nama kawan baik Farah ni disebut.  Farah rasa bangga dengan dia sebab dia kawan Farah. Lepas tu Farah tetiba rasa berdebar-debar pulak sebab kawan sendiri pon boleh dapat 5A kan, kalau Farah ni punye result jauh berbanding dia, malu je Farah nanti dengan dia.  Sebab Farah rasa kitorang punya result sebelum ni pon macam lebih kurang je. Hehe.

Lepas Farah dah ambik result Farah, Farah rasa keseorangan sekejap. Sebabnya kawan-kawan yang lain semuanya ada bersama ahli keluarga masing-masing.  Ada yang dengan parents, ada yang dengan kakak, abang.  Takkan lah Farah tiba-tiba nak menyibuk sama kan dengan diorang. 

Haa, tak mahu lah cerita panjang lebar kan.  Farah nak jugak tahu pengalaman korang masa UPSR dulu macam mana? Tak adil la Farah je yang kongsi pengalaman Farah kan.  Jadi, macam mana pengalaman korang? Jom kongsikan bersama-sama pengalaman korang tu.


Gambar comel dari Cik Huda.



Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

01 November 2013

Kembali Lagi !

Assalammualaikum


Waa, dah berhabuk dah blog Farah ni.  Minta maaf lah, Farah selalu baca blog orang je, tapi nak wat entry sendiri malas eh.  Ape la Farah ni.

Ok, sekembalinya Farah menulis entry ni nak bawa berita gembira.  Gembira la bagi sesetengah orang rasenya? Hoho.  Sekarang ni, Farah ade buat business kecil kecilan.  Masih baru dan memerlukan sokongan daripada ramai orang lah terutama yang dah biasa dalam bidang ni kan.

Farah ada menjual kain jenis english cotton.  Boleh tengok kat side bar sebelah ni & klik pada link FH Collections tu.  Boleh tengok lah corak yang macam mana anda suka dan mana lah tahu kalau berminat.  Farah cuma jadi agent jela, sebab Farah pon masih baru.  Lagi pon Farah buat ni untuk side income jugak.  Student kan memerlukan duit poket lebih. Hehe. 

Apa-apa pon, jom like page FH Collections dan sekali dengan Allmine ramai-ramai. 

*Kalau nak tolong Farah promote page tu pon boleh.  Sangat dialu-alukan. :D
Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

27 June 2013

Monsters University




Assalammualaikum

Entry kali ni Farah nak masukkan cerita mengenai cerita yang baru ditayangkan kat pawagam.  Cerita ape lagi, tengok gambar pon dah tahu.  Monsters University.  Farah dah lama jugak lah menanti cerita ni keluar. Best jugak lah bagi Farah.  Seronok untuk menghilangkan stress.  Tengok cerita kartun ni macam relax sikit. Disebabkan Farah pergi tengok hari Rabu, dikala pagi hari sebab kelas pagi tu cancel, dapatlah tengok awal sikit cerita tu.

Disebabkan budak-budak ni nak tengokk 3D, kenalah amik yang pukul 12 tengah hari punye.  Kalu ikut plan asal nak tengokk yang pukul 11.30 punye sebab pagi tak ramai orang.  Budak sekolah pun tak balik lagi, jadi tak ada lah penuh panggung tu.  Sebab tak ramai, kitorang dapat seat memang betul-betul tengah dan atas jugak lah.  Memang tak ramai pun dalam panggung tu.

Overall best lah cerita ni.  Pergi lah tengok kalau belum tengok.


Yang ini masa Mike zaman kecik
Dia sangat comel time ni dengan suara budak-budak nye



Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

22 June 2013

World War Z




Assalammualaikum

Dah lama rasanya Farah tak menaip dalam blog ni.  Selalunya membaca blog orang aje.  Okay, kali Farah update sebab nak review cerita seperti yang tertera pada tajuk entry kali ni.  Bagi Farah cerita die menarik, best pun boleh tahan, kelakar tu ade lah jugak sikit.  

Dalam cerita ni ade jugak keganasan sikit, sangat berdebar-debar sepanjang cerita.  Tak ketinggalan jugak kalau dah berdebar-debar tu, kawan baik die mestilah rasa 'terkejut'.  Ada jugak la beberapa kali Farah tersentak sebab tak ready dengan scene yang mengejutkan tu.  Hehe.  Pastu ada jugak yang scene zombie banyak-banyak tu, Farah rasa macam tengah main game pun ade jugak. 

 Okay lah, Farah tak nak cerita lebih-lebih, nanti spoil pulak.  Kalau rasa nak tengok, baik pergi tengok cepat-cepat.



Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)