Blog ni tak ade lah cantik sangat, comel pon tidak, tapi cukup lah sekadar sedap mata memandang, dapat tenangkan fikiran, dapat info baru, dapat ilmu baru, dapat berkongsi pengalaman baru.
Tuan punye blog ni tak ade lah reti sangat nak touch up touch up blog bagi superb.Jadi, terima lah seadanya..hoho
Minta maaf lah ye kalau anda penat nak scroll ke bawah sebab saya x buat read more tu..rajin-rajin la scroll eh..hehe

27 June 2013

Monsters University




Assalammualaikum

Entry kali ni Farah nak masukkan cerita mengenai cerita yang baru ditayangkan kat pawagam.  Cerita ape lagi, tengok gambar pon dah tahu.  Monsters University.  Farah dah lama jugak lah menanti cerita ni keluar. Best jugak lah bagi Farah.  Seronok untuk menghilangkan stress.  Tengok cerita kartun ni macam relax sikit. Disebabkan Farah pergi tengok hari Rabu, dikala pagi hari sebab kelas pagi tu cancel, dapatlah tengok awal sikit cerita tu.

Disebabkan budak-budak ni nak tengokk 3D, kenalah amik yang pukul 12 tengah hari punye.  Kalu ikut plan asal nak tengokk yang pukul 11.30 punye sebab pagi tak ramai orang.  Budak sekolah pun tak balik lagi, jadi tak ada lah penuh panggung tu.  Sebab tak ramai, kitorang dapat seat memang betul-betul tengah dan atas jugak lah.  Memang tak ramai pun dalam panggung tu.

Overall best lah cerita ni.  Pergi lah tengok kalau belum tengok.


Yang ini masa Mike zaman kecik
Dia sangat comel time ni dengan suara budak-budak nye



Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)

22 June 2013

World War Z




Assalammualaikum

Dah lama rasanya Farah tak menaip dalam blog ni.  Selalunya membaca blog orang aje.  Okay, kali Farah update sebab nak review cerita seperti yang tertera pada tajuk entry kali ni.  Bagi Farah cerita die menarik, best pun boleh tahan, kelakar tu ade lah jugak sikit.  

Dalam cerita ni ade jugak keganasan sikit, sangat berdebar-debar sepanjang cerita.  Tak ketinggalan jugak kalau dah berdebar-debar tu, kawan baik die mestilah rasa 'terkejut'.  Ada jugak la beberapa kali Farah tersentak sebab tak ready dengan scene yang mengejutkan tu.  Hehe.  Pastu ada jugak yang scene zombie banyak-banyak tu, Farah rasa macam tengah main game pun ade jugak. 

 Okay lah, Farah tak nak cerita lebih-lebih, nanti spoil pulak.  Kalau rasa nak tengok, baik pergi tengok cepat-cepat.



Terima kasih kerana sudi membaca (^_^)